Bola Sepak

Devan akur ‘lepaskan’ aksi Piala Malaysia musim ini


KETUA jurulatih Negeri Sembilan FC, K.Devan terpaksa akur tidak dapat meneruskan saingan Piala Malaysia selepas semua pemain dijangkiti Covid-19.

Menurut Devan, keputusan untuk tidak meneruskan aksi Piala Malaysia dibuat selepas mengambil kira tempoh pasca Covid-19 yang memerlukan sekurang-kurangnya seminggu atau lebih untuk kembali normal.

“Ketika ini semua pemain dan pegawai yang positif Covid-19 sedang menjalani kuarantin di rumah masing-masing selain dipantau oleh petugas kesihatan.

“Saya sentiasa berkomunikasi dengan pemain untuk mengetahui keadaan kesihatan pemain dari masa ke semasa dan setakat ini mereka hanya perlu kuarantin sahaja,” ujarnya kepada Bernama.

K.Devan

Jelas Devan, penularan jangkitan dalam pasukan diketahui selepas hasil ujian pengesanan RT-PCR pada 18 Oktober lalu susulan seorang mengalami gejala demam.

Tambahnya ujian itu dilakukan sehari selepas perlawanan persahabatan menentang Penang FC yang dibatalkan pada 17 Oktober.

Negeri Sembilan FC berada dalam Kumpulan C dengan mengutip tiga mata selepas dua perlawanan sebelum ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: