Bola Sepak

Penerima Anugerah PUSKAS sertai Penang FC


Faiz menyerahkan surat setuju terima kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, Soon Lip Chee .

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS pemain Pulau Pinang 2018, Mohd Faiz Subri sah mengikat kontrak selama setahun bersama pasukan Penang FC bagi musim 2022.

Faiz yang merupakan penerima anugerah PUSKAS tahun 2016,  menyerahkan surat terima tawaran sebagai pemain kepada Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Penang FC, Soon Lip Chee sambil ditemani Ahli Lembaga Pengarah di Kompleks Sukan Sony, Seberang Jaya.

Beliau hadir sebagai tetamu khas di Program Sukan Untuk Semua : Klinik Bolasepak Beersama Penang FC anjuran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang bersama Penang FC, semalam.

Pada Disember tahun lalu, Mohd Faiz yang ketika itu bersama pasukan Liga M3 Northern Lions Football Club (NLFC), ditawarkan jawatan berkenaan dan perlu mempertimbangkan untuk menamatkan kerjayanya sebagai pemain bola sepak profesional.
Namun, tiada sebarang keputusan dibuat sehinggalah beliau menandatangani kontrak dengan pasukan Liga M3 Kuala Kangsar FC (KKFC) pada Mac lalu, namun Liga Bola Sepak Amatur (AFL) membatalkan saingan itu baru-baru ini, susulan pandemik Covid-19.
Anak kelahiran Kedah yang  pernah dipanggil menyertai kem latihan pusat skuad kebangsaan pada 2012, 2013 dan 2015 itu sebelum ini memberi bayangan bahawa beliau masih mahu bermain dalam liga profesional dan berkata dirinya mampu beraksi untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Faiz juga merupakan pemain Asia pertama menerima anugerah Puskas sebelum bintang Tottenham Hotspur dari Korea Selatan, Son Heung-min dinobatkan sebagai pemenang bagi 2020.

Jaringan tersebut diledakkan ketika beliau membantu Pulau Pinang menewaskan Pahang 4-1 dalam aksi Liga Super pada Februari 2016, sekali gus meletakkan Mohd Faiz sebaris dengan pemain bola sepak dunia seperti Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic dan Neymar yang pernah meraih anugerah berkenaan.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: