Bola Sepak

“Tak mahu kalah atau seri… hanya ‘target’ menang” – Luqman


Luqman sudah bersedia mental dan fizikal bertemu Laos pada aksi pertama Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun di Ulaanbaatar, Mongolia.

Oleh: SURYATI MOHD NOR

PENYERANG sensasi muda negara Luqman Hakim Shamsudin mendedahkan semua rakan sepasukannya sudah bersedia mental dan fizikal menjelang aksi pertama Kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun bertemu Laos pada Isnin.

Jelas Luqman, sudah tentu misi esok adalah untuk menang dan ianya sangat penting.

“Selepas empat hari berlatih di sini (Mongolia), kami menjalani persiapan yang baik untuk perlawanan di sini.

“Kami tidak ambil mudah dengan pasukan Laos dan akan cuba memberi yang terbaik, malah percaya jurulatih Brad Maloney sudah mempunyai taktikal sendiri.

Skuad B-22 negara selepas menjalani latihan. Foto: FAM

“Semestinya kena menang. Itu target kami. Kami tidak mahu kalah atau seri, selain mahu menang pada perlawanan esok. InsyaAllah kami akan bagi yang terbaik untuk Malaysia.

“Manakala bagi saya sendiri, perlu lebih bijak kerana posisi penyerang sentiasa menjadi sasaran pihak lawan,” jelasnya dalam satu perkongsian klip video kepada media pada Ahad.

Pasukan Malaysia berada dalam Kumpulan J bersama Thailand, Laos dan tuan rumah Mongolia.

Selepas aksi bertemu Loas , mereka bakal berdepan dengan Mongolia pada Khamis (28 Oktober) sebelum aksi sengit menentang Thailand pada 31 Oktober ini.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: