PERMAINAN yang menggabungkan bola sepak dan golf yang dikenali footgolf bakal mempunyai liga kompetitif yang pertama di negara ini melalui penganjuran kejohanan microLEAP Footgolf League.
Semakin mendapat tempat dikalangan penggemar sukan di Malaysia khususnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan serta larangan sukan bersentuhan oleh kerajaan sebelum in membuatkan ianya mula dimainkan secarap meluas oleh orang ramai.
Kejohanan yang bakal disertai 21 pasukan membabitkan 160 pemain hujung minggu ini pastinya menarik perhatian khususnya dengan tawaran hadiah lumayan dengan hadiah terkumpul 8,500 menanti pemenang edisi pertama ini.
Dianjurkan oleh FootGolf Malaysia, Pusat Golf Bukit Jelutong, Selangor bakal dijadikan lokasi kejohanan yang bakal dijalankan selama lima bulan dengan 21 perlawanan perlu dilalui semua peserta.
Pengurus besar FootGolf Malaysia, Jeffrey Cottam berkata, dengan wujudnya saingan liga ini ia akan memberikan lebih publisiti kepada orang ramai mengenai permainan ini.
“Kami amat berbangga kerana akhirnya dapat memulakan saingan microLEAP FootGolf League ini. Dalam masa yang singkat, sukan ini dapat menarik perhatian ramai pihak.”
“Saya berharap ianya akan menjadi titik tolak kepada permulaan kesedaran mengenai footgolf sebagai sukan dan akan memberi inspirasi kepada lebih ramai peminat, komuniti bola sepak, golf dan sukan lain bersama.” katanya.
FootGolf Malaysia bekerjasama dengan microLEAP yang merupakan syarikat platform kewangan patuh syariah tempatan yang menjadi penaja kejuaraaan (title sponsor) bagi saingan sulung sukan ini.
Add Comment