Semasa

Peruntukan pembangunan E-sukan 2022 tetap disediakan – Ahmad Faizal


Ahmad Faizal (duduk) mencuba permainan E-sukan pada penutupan Kejohanan Liga Prosefesional Mobile Legends musim ke 8 di Tropicana Gardens Convention Centre, hari ini

PEMBANGUNAN E-sukan di Malaysia akan diberikan perhatian oleh Kerajaan menerusi peruntukan pada Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada 29 Oktober ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, namun jumlah peruntukan bagi pembangunan sukan berkenaan berkenaan bertambah mahu pun sebaliknya belum dapat dipastikan.

“Seperti yang semua tahu kerajaan ketika ini memberi fokus kepada penjanaan ekonomi selepas pasca Covid-19 yang mana banyak peluang pekerjaan yang terjejas dan sebagainya tetapi tidak akan meninggalkan perkara baik seperti E-sukan yang perlu kita kembangkan,” katanya ketika sidang media Majlis Penutup Mobile Legend Pro League (MPL) Musim 8 di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Faizal, KBS akan terus memberi sokongan padu terhadap pembangunan E-sukan di negara ini memandangkan ia menjadi ikutan diseluruh dunia ketika ini.

“Kita tidak boleh menghalang perkembangan E-sukan kerana ia berlaku di seluruh dunia bukan saja di Malaysia.

“Kehangatan ini kita perlu pupuk agar peminat sukan ini ke arah perkembangan positif dan bukannya negatif agar ia dapat menggunakan sukan ini untuk kebaikan yang juga boleh menjana pendapatan besar,” katanya.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: