Bola Sepak

Ronaldo buat hal lagi


Ronaldo meledak gol ketiga memastikan kemenangan Man United ke atas Atalanta, 3-2 dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

CRISTIANO Ronalda terus memainkan peranannya dalam memastikan tiga mata penuh buat Manchester United apabila meledak gol kemenangan mengatasi Atalanta dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi tadi.

Ronaldo terus mengulangi tugasnya sebagaimana dilakukan ketika menentang Villarreal dan kali ini ia tandukannya pada minit ke-81 memberikan kemenangan mutlak 3-2 buat Man United dilaman sendiri.

Pada perlawanan tersebut, tuan rumah berada didepan dengan kelebihan dua jaringan menerusi Pasalic pada minit ke -15 sebelum Demiral menggandakan jaringan pada minit ke-29 sehinggalah tamat separuh masa pertama.

Detik kebangkitan tuan rumah menjelma bermula jaringan Marcus Rashford pada minit ke-53 sebelum ketua pasukan, Harry Maguire menyamakan kedudukan 2-2 pada minit ke -75.

Selang enam minit kemudian giliran Ronalda pula mencetak nama selaku penjaring gol ketiga dan kemenangan pasukan untuk memastikan tiga mata penuh.

United kini mendahului Kumpulan F, dua mata di depan Atalanta dan Villarreal yang menang 4-1 mengatasi Young Boys di Bern.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: