Bola Sepak

Nik Akif tenang bawa semangat arwah ayah berlepas ke Mongolia


Nik Akif akan terus memenuhi permintaan arwah ayahnya untuk terus berjaya dalam karier bola sepak.

Oleh: SUBKI SUDARJI

SEMOGA ayah tenang disana,” luah sayu pemain skuad Bawah 22 tahun negara Nik Akif Syahiran Nik Mat yang kehilangan ayahnya sehari sebelum berlepas mengharungi kelayakan Piala Asia B-23 di Ulaanbaatar, Mongolia, minggu depan.

Tegasnya, semangat ayah yang sentiasa mendorong kariernya sebagai pemain bola sepak profesional bakal dijadikan sebagai azimat untuk membantu skuad B-22 yang bakal mengharungi kempen kelayakan Piala Asia B-23 di Ulaanbatar, Mongolia minggu depan.

“Saya harap ayah tenang di sana. Ayah sememangnya berhasrat untuk melihat saya berjaya di bidang yang diceburi dan harap dapat merealisasikan impian tersebut.

“Apa yang saya lakukan bukan sahaja untuk arwah ayah saya, malah buat keluarga saya,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu malam.

Skuad muda Harimau Malaya kendalian Brad Maloney telah berlepas ke Mongolia malam ini dan dijangka tiba di Ulaanbatar tengah hari esok kerana perlu transit di Seoul, Korea Selatan terlebih dahulu.

Skuad B-22 Negara berlepas ke Mongolia malam ini.

Skuad negara dijadualkan menentang Laos pada 25 Oktober, Mongolia (28 Oktober) dan perlawanan terakhir berdepan Thailand (31 Oktober) bagi merebut slot automatik pada kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan tahun depan.

Pada Selasa,  dugaan berat menimpa Nik Akif Syahiran selepas pemain skuad bawah 22 tahun (B-22) negara itu kehilangan ayahnya, Nik Mat Yusof yang meninggal dunia.

Nik Akif yang menerima sedih itu terus bergegas pulang menaiki penerbangan dan sempat menatap wajah dan menguruskan urusan pengebumian arwah ayahnya itu di Kuala Krai, Kelantan.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: