EPL

Bukan tugas mudah buat Liverpool – Garcia


Garcia yakin aksi yang menarik bakal dipamerkan kedua-dua pasukan.

 

BEKAS pemain Liverpool, Luis Garcia memberi amaran kepada The Reds agar bersedia memberikan aksi sepenuhnya dan melebihi segalanya apabila menentang Atletico Madrid, awal pagi esok.

Garcia yang juga bekas pemain Atletico Madrid juga tidak sabar-sabar menunggu aksi kedua pasukan yang dianggap menarik untuk disaksikan dengan Liverpool masih belum kalah selepas dua perlawanan.

“Saya ingin melihat Liverpool memenangi pertandingan ini kerana mereka masih merupakan pasukan nombor satu bagi saya

“Tetapi saya tidak akan mempertaruhkan segalanya dalam permainan menentang Atletico kerana Atletico adalah pasukan yang sangat berbahaya, terutama ketika bermain di hadapan peminat mereka sendiri.

“Anda (Liverpool ) harus memberi 120 peratus untuk mendapatkan tiga mata penuh,” ujar Garcia kepada Uefa.com.

Aksi menentang Atletico Madrid adalah cabaran besar Liverpool untuk mengakhiri aksi buruk mereka menentang pasukan Diego Simeone.

Liverpool mempunyai rekod yang baik pada saingan peringkat Kumpulan B dengan memenangi dua perlawanan pertama kumpulan menentang AC Milan 3-2 dan Porto 5-1.

Begitu juga Atletico mempunyai keyakinan tinggi setelah memenangi dua perlawanan terakhir mereka menentang Milan 2-1 dan Barcelona 2-0 selain hanya Atletico hanya kalah sekali dan memperoleh enam kemenangan dalam 10 perlawanan pertama dalam saingan Liga.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: