EPL

Conte terus jadi pilihan ganti Solskjaer


ANTONIO Conte terus menjadi bualan pilihan paling tepat untuk menggantikan Ole Gunnar Solskjaer di Old Trafford.

Ia berikutan kedudukan pengendali dari Norway itu semakin goyang selepas Manchester United tewas 2-4 kepada Leicester City pada aksi Liga Perdana Sabtu lalu.

Kekalahan itu menyaksikan United kini tewas dua perlawanan dalam liga, namun dilaporkan kelab tidak bercadang untuk memecat Solskjaer buat masa sekarang.

Bagaimanapun, ia tidak menghentikan khabar angin bahawa bekas pengendali Chelsea, Conte adalah calon yang sesuai di United.

Conte kini masih belum terikat dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan Inter Milan musim lalu.

Pemain United, Cristiano Ronaldo (kiri) dan Paul Pogba kelihatan kecewa selepas tewas kepada Leicester City Sabtu lalu.

Sebelum ini juga Conte dikaitkan akan ke Spurs namun secara terang pengurus berusia 51 tahun ini memberitahu bimbang dengan sasaran jangka panjang kelab ini yang mungkin tidak selari dengan impiannya kerana dia mahu membimbing kelab yang mempunyai potensi bergelar juara.

Bagi Conte, dia tidak terdesak untuk kembali turun ke padang kerana percaya masa yang sesuai akan tiba.

“Ia berkaitan dengan visi, kejujuran dan prinsipal. Secara keseluruhannya, saya sukakan cabaran dan telah melaluinya sepanjang karier ini.

“Bagaimanapun, jika ada sesuatu yang tidak meyakinkan, saya tidak akan menerimanya walaupun ia berkaitan dengan wang ringgit,” jelas Conte.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: