EPL

Kemarau jaringan Kane terlerai


Kane meledak satu gol membantu kemenangan pasukan, 3-2 mengatasi Newcastle United. (REUTERS/Scott Heppell)

 

PEMENANG Kasut Emas musim lalu, Harry Kane menamatkan kemarau jaringan apabila meledak satu gol membantu kemenangan Tottenham Hotspur mengatasi Newcastle United, 3-2 dalam saingan aksi Liga Perdana Inggeris  di St James Park, malam tadi.

Tiga gol untuk pelawat dijaringkan Tanguy Ndombele, Harry Kane dan Son Heung-min manakala tuan rumah melalui Callum Wilson dan Eric Dier.

Penyerang England ini gagal menjaringkan gol dalam enam perlawanan Liga Perdana dan dilihat ada kaitan dengan keinginan Kane untuk meninggalkan The Lilywhites yang tidak dipenuhi oleh kelab.

Kane dilaporkan secara meluas mahu meninggalkan Tottenham pada musim panas ini dengan Manchester City dikatakan sebagai kelab yang akan menjadi destinasinya.

Pengurus Tottenham, Nuno Espirito Santo menyifatkan gol menentang Newcastle sangat penting bagi Kane dan bukti komitmennya terhadap Spurs.

“Bagi kita semua, peminat, rakan sepasukan dan kelab, penting bagi Harry untuk menjaringkan gol,” kata Nuno kepada Sky Sport.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading