EPL

Ketangkasan Mendy pastikan Chelsea terus dipersada


Mendy beraksi cemerlang menafikan beberapa percubaan berbahaya pasukan lawan.

PENGENDALI The Blues, Thomas Tuchel menghamburkan pujian kepada memuji Edouard Mendy selepas penjaga gawang Chelsea itu memperagakan aksi cemerlang membantu kemenangan 1-0 pasukan mengatasi Brentford, awal pagi tadi.

Tiga mata diraih Chelsea itu kembali meletakkan mereka dipersada liga mengatasi Liverpool yang sebelum ini menerajui liga kelebihan dua mata lima jam sebelum sepak mula aksi Chelsea.

“Kami terselamat untuk meraih tiga mata dan perlu berterima kasih kepada Edouard. Ia seperti perlawanan akhir merebut piala, mereka mengambil risiko dan suasana perlawanan membakar semangat mereka.

“Lawan memberikan masalah kepada kami dengan lontaran ke dalam dan situasi bola mati. Mereka mencipta banyak peluang menjaringkan gol namun Mendy adalah wira kami apabila tidak melepaskan sebarang gol.

“Sangat melegakan untuk kekal di tangga teratas tapi banyak pasukan yang menghampiri kami,” kata Tuchel.

Pada perlawanan tersebut, gol tunggal  Ben Chilwell pada masa kecederaan separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan Chelsea kemenangan keenam dalam lapan perlawanan liga.

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: