EPL

De Bruyne fahami keresahan Sterling


De Bruyne (kiri) menyifatkan apa yang dilalui Sterling ketika ini adalah lebih kepada penggiliran pemain.

PEMAIN tengah Manchester City, Kevin De Bruyne memahami keresahan dilalui rakan sepasukannya Raheem Sterling apabila sering memanaskan bangku simpanan.

Tegasnya, apa yang dilaluinya ketika ini adalah sebahagian dari putaran dalam dunia bola sepak.

“Saya memahami kekecewaannya kerana saya seorang pemain dan beberapa pemain memerlukan lebih banyak peluang untuk beraksi.

“Kadang-kadang sukar untuk bermain, kadang-kadang tidak, tetapi jelas pengurus membuat keputusan. Ini sangat sukar.

“Penggiliran pemain dalam pasukan adalah penting kerana kami bermain empat pertandingan. Kadang-kadang sukar,”  jelas De Bruyne dipetik Sky Sports.

Baru-baru ini , Sterling yang merupakan tonggak utama The Citizens musim lalu mencurahkan isi hatinya mengenai keadaannya di City yang mahu bermain dengan kerap.

Sterling yang beraksi diposisi sayap dan berusia 26 tahun jarang menjadi pilihan pertama Pep Guardiola di City musim ini.

Pemain kelahiran England ini hanya diturunkan lima kali dari keseluruhan 11 penampilan dalam semua pertandingan dengan City yang pastinya mendorong Sterling membuka peluang untuk meninggalkan pasukan berhijrah ke kelab mahu pun liga lain.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: