
STEVE Bruce akhirnya dipecat oleh pengurusan baharu Newcastle United.
Newcastle United yang baharu dibeli oleh konsortium pemilik Arab Saudi itu bagaimanapun tetap memberi peluang kepada Bruce untuk mengendalikan perlawanan terakhirnya bertemu Spurs Ahad lalu yang menyaksikan mereka tewas 2-3.
Malah Bruce sempat melengkapkan 1000 rekod perlawanan dalam kariernya sebagai pengurus.
Susulan daripada itu, Bruce tidak meninggalkan kelab dengan tangan kosong sebaliknya dia bakal menerima wang poket berjumlah 8 juta paun (RM46 juta).
Graeme Jones kini dilantik sebagai pengurus sementara dan bakal mengemudi pasukan berdepan dengan Crystal Palace Sabtu ini.
“NUFC boleh mengesahkan bahawa Steve Bruce meninggalkan posisinya sebagai ketua jurulatih dengan persetujuan bersama. Kelab ingin mengucapkan penghargaan di atas sumbangannya serta selamat maju jaya,” jelas satu kenyataan kelab pada Rabu.
Add Comment