Antarabangsa

Jepun hidupkan kembali peluang ke Piala Dunia 2022

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Jepun menang ke atas Australia. Foto: AFC

Oleh: JJFIRDAUS

GERGASI bola sepak Asia, Jepun memerlukan bantuan gol sendiri pemain Australia sebelum meraih kemenangan penting 2-1 sekaligus kembali mencerahkan peluang ke Piala Dunia Fifa Qatar 2022.

Skuad Samurai Biru kini hanya mengumpul enam mata dari empat perlawanan dan kini di tangga keempat Kumpulan B dengan berbaki enam perlawanan.

Australia di tangga kedua dengan sembilan mata menerusi tiga kemenangan sebelum ini terpaksa akur rekod tanpa kalah mereka tercalar akibat dari kekalahan di Saitama semalam.

Perlawanan lain Kumpulan B menyaksikan Arab Saudi mengukuhkan kedudukan di tangga teratas selepas menewaskan China 3-2 dalam perlawanan di Jeddah.

Wakil tunggal Asean, Vietnam mungkin sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Dunia apabila tewas buat kali keempat kali ini di tangan Oman 3-1 meskipun berjaya mendahului lawan 1-0 pada suatu ketika.

Sementara itu dalam aksi Kumpulan A, dua pasukan pilihan, Iran dan Korea Selatan terikat 1-1 di Tehran. Jaringan Son Heung Min pada awal babak kedua gagal membantu Korea Selatan apabila Iran menyamakan kedudukan pada minit ke-70.

Arab Saudi (kanan) menang ke atas Republik China.

Pertemuan di Dubai menyaksikan aksi dramatik antara UAE dan Iraq apabila jaringan minit akhir Ali Mabkhout memadam kelebihan jaringan Iraq pada minit ke-89 untuk terikat 2-2 sekaligus keputusan seri ketiga buat kedua-dua pasukan dalam kempen kelayakan Piala Dunia ini.

Di Amman, gelanggang berkecuali ini menyaksikan Lebanon berjaya mencatat kemenangan sulung kempen kelayakan apabila menewaskan Syria 3-2 dan kembali ke landasan terbaik untuk layak ke Piala Dunia.

Dengan keputusan ini, Iran kekal di tangga teratas Kumpulan A dengan 10 mata diikuti Korea Selatan dengan lapan mata. Lima mata meletakkan Lebanon di tangga ketiga manakala UAE di tangga keempat dengan tiga mata diikuti Iraq juga tiga mata manakala Syria kekal tercorot dengan satu mata.

Perlawanan keempat dan kelima setiap pasukan dalam Kumpulan A dan Kumpulan B akan berlangsung pada 11 dan 16 November depan dengan kemenangan akan membawa setiap pasukan lebih hampir ke Qatar.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: