
PELARI jarak jauh dunia, Agnes Jebet Tirop ditemui mati dengan kesan tikaman di rumahnya, Kenya.
Tirop,25, merupakan antara pelari jarak jauh terkenal dengan memegang rekod pingat gangsa sebanyak dua kali dalam acara 10,000 meter.
Dia ditemui mati berikutan terdapat kesan tikaman di leher dan perut.
Ketua Polis Jenayah, Tom Makori berkata: “Suaminya kini dicari untuk mendapatkan penjelasan dan menjadi suspek utama kejadian.
“Polis masih mencarinya supaya dia boleh memberitahu apa yang berlaku kepada Tirop.”

Kematian Tirop ini mengejutkan seluruh peminat sukan global selepas hanya sebulan dia memecahkan rekod wanita pertama acara 10,000m di Jerman.
“Kenya kehilangan atlet permata dan pemenang pingat gangsa 10,000m, Agmes Tirop. Terima kasih kerana menyebabkan seluruh mata dunia tertumpu kepadanya ketika di berada di trek,” jelas kenyataan Olahraga Kenya.
Sebagai rekod, Tirop berada di tempat keempat ketika beraksi di pentas Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Add Comment