Antarabangsa

Bintang Wales, Bournemouth hidap kanser Limfoma Hodgkin tahap dua


Brooks kini akan berehat seketika untuk menjalani rawatan kanser yang dialami.

PEMAIN Bournemouth David Brooks didianogsis mengidap kanser Limfoma Hodgkin tahap dua.

Berita mengejutkan ini disahkan oleh kelab pada Rabu.

Brooks,24, meninggalkan tugas antarabangsanya bersama Wales selepas menjalani pemeriksaan kesihatan dan disahkan mempunyai kanser tersebut.

Dia yang mencatat 21 kap bersama Wales sejak penampilan pertama pada 2017 akan menjalani rawatan bermula minggu depan.

“Ini merupakan mesej yang sukar untuk saya tuliskan.

“Saya telah didianogsis kanser Limfoma Hodgkin Tahap II dan akan memulakan rawatan minggu depan.

“Walaupun ini amat mengejutkan saya dan keluarga, namun prognosis adalah positif dan saya yakin akan membuat pemulihan sepenuhnya serta akan kembali ke bermain secepat mungkin.

Brooks disahkan mengidap kanser Limfoma Hodgkin Tahap II.

“Saya mahu memberi penghargaan kepada kumpulan doktor, jururarawat, konsultan, dan semua staf yang melayan saya dengan penuh profesional, mesra dan memahami sepanjang proses rawatan.

“Saya juga berterima kasih kepada Persatuan Bolasepak Wales kerana tanpa pemerhatian dalam skuad medikal, kami tidak mungkin akan menemui penyakit ini.

“Juga kepada AFC Bournemouth yang terus memberi bantuan sokongan sejak beberapa minggu lalu.

“Juga kepada tumpuan media, saya minta ruang privasi untuk beberapa bulan akan datang dan saya akan mengemaskini kemajuan kesihatan saya dari masa ke semasa.

“Dalam pada itu, terima kasih kepada semua… ia amat bermakna bagi diri saya untuk beberapa bulan akan datang.

“Saya tidak sabar untuk bertemu kembali dan bermain sukan yang paling saya sayang ini secepat mungkin.”

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bournemouth Neill Blake berkata: “Semua di AFC Bournemouth akan memastikan apa sahaja yang boleh membantu David dan keluarga sepanjang tempoh rawatan itu.

“Kami tidak akan memberi tempoh kepada untuk dia kembali, sebaliknya kami memberi masa sendiri kepada David agar kembali pulih dan melakukan apa sahaja untuk membantunya.

“Kami sedar semua mengambil berat dan sokongan kepadanya, tetapi kami meminta agar kita semua menghormati privasi David dan keluarga sepanjang tempoh ini.”

Sebagai rekod, Brooks merakam 91 aksi bersama The Cherries, meledak 18 gol sejak berpindah dari Sheffield United pada tahun 2018.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: