Antarabangsa

Cristiano Ronaldo Raja Hatrik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ronaldo meledak tiga gol membantu kemenangan Portugal, 5-0 mengatasi Luxembourg, awal pagi tadi.

CRISTIANO Ronaldo kini menjadi pemain yang memiliki jaringan hatrik paling banyak di pentas antarabangsa selepas meledak tiga gol membantu kemenangan Portugal mengatasi Luxembourg, pada perlawanan Kumpulan A Kelayakan Piala Dunia Euro 2022, pagi tadi.

Pemain Manchester United ini meledak jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-8, 12 dan 87 manakala dua gol lagi sumbangkan rakan sepasukan, Bruno Fernandes pada minit ke-17 dan Joao Palhinha pada minit ke-69.

Tiga gol dijaringkan pada aksi ini merupakan hatrik ke-10 Ronaldo dengan Portugal dan dia  kini mencipta rekod sebagai pemain dengan hatrik paling banyak di arena antarabangsa.

Memetik laman web Manchester United, Ronaldo melepasi rekod yang dipegang oleh bekas pemain Sweden, Sven Rydell yang menjaringkan sembilan hatrik untuk Sweden dalam tempoh 1923-1932.

Ronaldo kini telah mencatatkan sebanyak 58 hatrik sepanjang kariernya bersama kelab dan pasukan kebangsaan dimana dia juga telah menjaringkan 115 gol dalam 182 penampilan untuk pasukan kebangsaan Portugal.

Penyerang berusia 36 tahun itu sebelumnya melepasi catatan Ali Daei dengan 109 gol untuk Iran sebagai penjaring terbanyak dalam pertandingan antarabangsa September lalu.

Pemain aktif yang hampir dengan rekod gol Ronaldo di arena antarabangsa adalah Lionel Messi namun ketua pasukan Argentina itu hanya menjaringkan 80 gol dalam 155 penampilan untuk pasukan kebangsaan Argentina.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: