Antarabangsa

Jurulatih terjun popular Great Britain meninggal dunia

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

JURULATIH pasukan terjun Britain David Jenkins dilaporkan meninggal dunia pada usia 31 tahun.

Jenkins sangat popular di kalangan atlet-atlet Great Britain berikutan memiliki personaliti yang menarik, dan merupakan jurulatih atlet terjun terkenal Tom Daley yang merangkul pingat emas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo baru-baru ini.

Kematian Jenkins disahkan oleh British Swimming pada Isnin, namun puncanya masih belum dikenalpasti.

“Dengan kesedihan yang sangat besar, British Swimming mengesahkan kematian jurulatih terjun David Jenkins.

“Ingatan dan ucapan takziah kami sampaikan kepada isteri, keluarga, rakan-rakan dan komuniti sukan terjun.”

Jenkins (kiri) bersama Daley pada tahun 2019.

Sementara itu Swim England turut memberi penghormatan kepada jurulatih popular itu.

“David sangat terkenal di kalangan komuniti sukan terjun kerana personaliti yang menarik dan peramah.

“Dia merupakan bekas atlet gimnastik dan terjun yang mempunyai masa depan sangat cerah. Sudah pasti dia akan dirindui di Swim England, British Diving dan GLL.”

Jenkins merupakan Ketua Jurulatih Pembangunan Terjun London yang memastikan kemajuan untuk generasi baharu sebelum diserap ke pasukan elit di London Aquatics Centre (LAC).

Malah Jenkins memainkan peranan penting dalam pembangunan bakat penerjun-penerjun muda Britain dan dua daripada atlet mudanya Noah Williams dan Scarlett Mew-Jensen turut beraksi di Tokyo 2020.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: