Antarabangsa

Dembele, Aguero kembali perkuatkan Barca

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Aguero kini menjalani latihan bersama pasukan dan dijangka beraksi dalam masa terdekat.

BARCELONA menerima tonik tambahan untuk bangkit dari aksi yang mengecewakan selepas dua penyerangnya Ousmane Dembele dan Sergio Aguero telah mula menjalani latihan bersama pasukan.

Kedua-dua pemain belum lagi muncul besama pasukan musimn ini dimana Dembele tidak beraksi sejak Jun setelah mengalami kecederaan lutut ketika bermain untuk Perancis pada Euro 2020 manakala Aguero yang dibawa masuk dari Manchester City cedera sebelum membuat debut bersama Barcelona.

Aguero mengalami kecederaan hamstring sejak sesi pra-musim pada 8 Ogos yang lalu.

Kehilangan kedua pemain tentunya merugikan Barcelona memandangkan mereka telah melepaskan Lionel Messi dan peranan dibahagian seangan digalas Luuk de Jong dan Memphis Depay.

Martin Braithwaite, yang diproyeksikan sebagai lapisan, cedera pada awal musim. Oleh itu, wajar bagi Barcelona untuk sukar menjaringkan gol dan tersandung di kedudukan LaLiga.

Dembele dan Aguero dijangka membuat penampilan bersama pasukan pada aksi menghadapi Valencia pada hujung minggu ini di LaLiga bergantung kepada ujian tahap kecergasan.

Sekiranya memang Dembele dan Aguero tidak dapat bermain melawan Valencia, ada kemungkinan mereka akan diturunkan ketika Barcelona menghadapi Dynamo Kiev di Liga Juara-Juara pada 20 Oktober.

Barcelona juga memerlukan kemenangan dalam pertandingan setelah kalah dalam dua perlawanan pertama mereka kepada Bayern Munich dan Benfica.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
Tags

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: