Antarabangsa

Van de Beek bakal sertai Juventus

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Van de Beek jarang diturunkan selaku kesebelasan utama pasukan dan ini mungkin faktor utama penghijrahannya ke Juventus.

PEMAIN tengah Manchester United, Donny van de Beek yang kini kerap dilihat memanaskan bangku simpanan bakal menyertai Juventus pada jendela perpindahan Januari nanti.

Sejak dibawa masuk dari Ajax pada musim panas 2020, Van de Beek tidak mempunyai banyak peluang untuk bermain dalam pasukan Man United dimana dia beraksi dalam  39 permainan di semua pertandingan dengan purata masa bermain 40 minit.

Musim ini, Van de Beek lebih kerap duduk di bangku simpanan dan pemain tengah berusia 24 tahun itu hanya membuat tiga penampilan untuk The Red Devils.

Menurut laporan La Stampa, pengarah Juventus, Federico Cherubini telah berhubung dengan ejen pemain itu dan bakal membawa masuk pemain berkenaan pada jendela perpindahan Januari.

Namun, perpindahan Van de Beek ke Juventus hanya dapat dilakukan secara pinjaman dengan pilihan atau kewajipan untuk menjadikannya tetap.

Juventus bukan satu-satunya kelab Itali yang dikaitkan dengan Van de Beek tetapi juga Inter Milan .


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: