
KYLIAN Mbappe membuktikan dirinya sememangnya menjadi rebutan kelab selepas meledak gol kemenangan Perancis ketika aksi final Liga Negara-Negara UEFA menentang Sepanyol di Stadium San Siro, Milan awal pagi tadi.
Tanpa sebarang gol pada babak pertama, bagaimanapun gawang gol Perancis terlebih dahulu dibocori pemain Sepanyol, Mikel Oyarzabal pada minit ke 64 sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian.
Mbappe menjadi hero buat pasukan apabila jaringannya pada minit ke-80 memastikan skuad bimbingan Didier Deschamps merangkul gelaran kejuaraan Liga Negaa-Negara UEFA dengan kemenangan 2-1 mengatasi Sepanyol.
Sementara itu tempat ketiga pula menjadi milik Itali selepas berjaya menewaskan Belgium 2-1 pada aksi terdahulu.
Keputusan final:
Sepanyol 1 (Oyarzabal 64) Perancis 2 (Benzema 66, Mbappe 80)
Itali 2 (Barella 46, Berardi 65-pen) Belgium 1 (De Ketelaere 86)
Add Comment