Antarabangsa

Lion City Sailors juara Liga Premier Singapura 2021


Lion City Sailors merangkul juara liga musim ini. Foto: Lion City Sailors

Oleh: JJFIRDAUS

TROFI Liga Premier Singapura akhirnya kembali ke tangan kelab tempatan sejak 2014 selepas Lion City Sailors FC berjaya memenangi perlawanan terakhir untuk muncul juara mengenepikan cabaran juara bertahan Albirex Niigata.

Lion City Sailors berjaya menewaskan Balestier Khalsa 4-1 pada perlawanan terakhir berjaya mengumpul 48 mata dengan Albirex yang diikat Tanjong Pagar 4-4 mengakhiri musim dengan 46 mata.

Dua gol menerusi Gabriel Quak dan masing-masing satu dari pemain import Ui Yoong Song dan Diego Lopes memastikan malam gemilang The Sailors yang muncul juara buat kali pertama sejak penjenamaan semula dari Home United.

Albirex hanya perlu menyalahkan diri sendiri apabila gagal mempertahankan kedudukan 4-1 pada separuh masa pertama dan membenarkan Tanjong Pagar bangkit untuk mengikat kedudukan menjadi 4-4 hingga tamat permainan.

Dengan kejayaan ini, Hariss Harun yang menyertai Lion City dari JDT kini berjaya memenangi trofi juara sembilan kali berturut-turut sejak menjuarai Liga Super Malaysia sejak 2013 hingga 2020 bersama pasukan Lions XII dan JDT.

Tambah menarik, Lion City berjaya membawa semula trofi Liga Singapura menjadi milik kelab tempatan selepas kali terakhir dilakukan oleh Warriors FC pada tahun 2014.

Sejak itu, kejuaraan Liga Premier Singapura menjadi milik kelab jemputan dengan wakil Jepun Albirex Niigata dan wakil Brunei Darussalam, DPMM FC berjaya menjadi juara.

Lion City Sailors kini bakal beraksi di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC untuk musim 2022 dan pengalaman yang ada pada beberapa pemain utama mampu membantu mereka untuk menghadapi cabaran di Asia.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: