Antarabangsa

Juventus perlu lepaskan 3 pemain untuk dapatkan Pogba

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Kontrak Pogba bersama Man United dijangka berakhir Jun tahun depan dan sehingga kini masih belum ada persetujuan penyambungan.

GERGASI bola sepak Itali, Juventus perlu melepaskan tiga pemain dalam skuadnya jika ingin membawa pulang pemain antarabangsa Perancis, Paul Pogba yang kini bersama Manchester United.

Menurut laporan Football Italia, Pogba ketika ini menerima bayaran 15 juta Euro satu musim dan bakal menerima jumlah yang sama seandainya kembali ke Turin.

Calon yang mungkin menjadi pilihan Juventus untuk dilepaskan ialah Aaron Ramsey yang kini hanya memerhati aksi pasukan dari luar padang ekoran dibelenggu kecederaa.

Selain Ramsey, nama Adrien Rabiot juga tersenarai dimana pemain ini menerima bayaran gaji 7 juta Euro permusim manakala pemain ketiga yang sesuai adalah Weston McKennie dimana ketika ini dia bermain diposisi Pogba.

Ketika ini difahamkan Pogba sendiri tidak menolak kemungkinan untuk kembali ke Juventus setelah kontraknya habis dengan Man United pada Jun 2022 walaupun Man United terus bertegas ingin mempertahankannya dengan kemungkinan menaikkan gajinya kepada 20 juta Euro satu musim.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: