Permotoran

F1 Turki: Penalti grid tak halang Hamilton catat masa terpantas

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA pasukan Mercedes, Lewis Hamilton berjaya mencatat masa sepusingan terpantas untuk perlumbaan Grand Prix  Formula Satu (F1)Turki tetapi dikenakan penalti 10 petak grid dalam sesi kelayakan yang berlangsung dalam cuaca yang lembap di Litar Istanbul Ring pada Sabtu.

Hamilton mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 22.868 saat untuk masa terpantas dan Valtteri Bottas yang mencatat masa kedua terpantas kini bakal memulakan perlumbaan di petak utama. Turut sama bakal bermula di barisan hadapan adalah pemandu Red Bull, Max Verstappen.

Lewis Hamilton hanya akan memulakan perlumbaan di petak ke-11 apabila terpaksa melakukan pertukaran komponen enjin sekaligus dikenakan penalti 10 petak grid.

Sesi kelayakan pertama menyaksikan Daniel Ricciardo, Nicolas Latifi, Antonio Giovinazzi, Kimi Raikkonen dan Nikita Mazepin tersingkir dan bakal memulakan perlumbaan di grid ke-16 hingga ke-20.

 

Sebastian Vettel, Esteban Ocon, George Russell, Mick Schumacher dan Carlos Sainz menjadi lima pelumba paling perlahan dalam sesi kelayakan kedua dan akan memulakan perlumbaan dari petak ke-11 hingga ke-15.

10 perlumba meneruskan perebutan petak utama dalam sesi kelayakan ketiga dengan pemanduan cemerlang Hamilton berjaya mengenepikan saingan pemandu lain dan mencatat masa sepusingan terpantas.

Saingan merebut kejuaraan semakin menarik berbaki tujuh perlumbaan dan mampukah Lewis Hamilton bangkit dari petak ke-11 sambil mampukah Max Verstappen kembali menerajui carta kejuaraan pelumba pada Ahad?

Semuanya bakal terjawab dalam perlumbaan Grand Prix Turki esok jam 8 malam waktu Malaysia.

Keputusan Kelayakan GP  F1 Turki:

1. Lewis Hamilton – Mercedes*
2. Valtteri Bottas – Mercedes
3. Max Verstappen – Red Bull
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Pierre Gasly – Alpha Tauri
6. Fernando Alonso – Alpine
7. Sergio Perez – Red Bull
8. Lando Norris – McLaren
9. Lance Stroll – Aston Martin
10. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
11. Sebastian Vettel – Aston Martin
12. Esteban Ocon – Alpine
13. George Russell – Williams
14. Mick Schumacher – Haas
15. Carlos Sainz – Ferrari
16. Daniel Ricciardo – McLaren
17. Nicolas Latifi – Williams
18. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
19. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
20. Nikita Mazepin – Haas

* Penalti 10 grid permulaan


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: