Permotoran

F1 Turki: Bottas dominasi Litar Istanbul

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PEMANDU Mercedes, Valtteri Bottas mengungguli perlumbaan di Litar Istanbul Park apabila menjuarai perlumbaan Grand Prix   Formula Satu (F1) Turki yang berlangsung dalam keadaan hujan.

Memulakan perlumbaan di petak utama, Bottas memulakan perlumbaan dengan baik dan mendahului majoriti perlumbaan sekaligus menjuarai perlumbaan pertama beliau musim ini.

Tempat kedua menjadi milik Max Verstappen dan kembali menerajui carta pendahulu kejuaraan pemandu dengan enam mata mengatasi Lewis Hamilton yang menghabiskan perlumbaan di tempat kelima.

 

Turut mengiringi Bottas dan Verstappen di podium adalah seorang lagi pelumba Red Bull, Sergio Perez yang berjaya mengekang asakan Hamilton pada pertengahan perlumbaan.

Charles Leclerc berjaya menamatkan perlumbaan di tempat keempat manakala Pierre Gasly di tempat keenam, Nando Lorris ketujuh, Carlos Sainz kelapan, Lance Stroll di tempat kesembilan manakala Esteban Ocon melengkapkan 10 tempat teratas.

Bercakap kepada media selepas perlumbaan, Bottas berkata “Ini adalah antara perlumbaan terbaik saya. Kereta berada dalam keadaan terbaik dan saya mempunyai keyakinan memandunya. Sukar untuk menentukan strategi dalam keadaan ini dan saya rasakan ini adalah kemenangan yang baik untuk saya”.

Formula Satu akan terus ke Amerika Syarikat selepas ini pada 24 October nanti di Litar Austin dengan satu lagi perlumbaan sengit dijangka bakal diberikan oleh kedua-dua pencabar kejuaraan ini.

Keputusan Grand Prix  F1 Turki:

1. Valtteri Bottas – Mercedes
2. Max Verstappen – Red Bull
3. Sergio Perez – Red Bull
4. Charles Leclerc – Ferrari
5. Lewis Hamilton – Mercedes
6. Pierre Gasly – Alpha Tauri
7. Lando Norris – McLaren
8. Carlos Sainz – Ferrari
9. Lance Stroll – Aston Martin
10. Esteban Ocon – Alpine
11. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
12. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
13. Daniel Ricciardo – McLaren
14. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
15. George Russell – Williams
16. Fernando Alonso – Alpine
17. Nicolas Latifi – Williams
18. Sebastian Vettel – Aston Martin
19. Mick Schumacher – Haas
20. Nikita Mazepin – Haas

Kedudukan Pemandu Selepas GP F1 Turki (10 teratas):

1. Max Verstappen – 262.5 mata
2. Lewis Hamilton – 256.5 mata
3. Valtteri Bottas – 177 mata
4. Lando Norris – 145 mata
5. Sergio Perez – 135 mata
6. Carlos Sainz – 116.5 mata
7. Charles Leclerc – 116 mata
8. Daniel Ricciardo – 95 mata
9. Pierre Gasly – 74 mata
10. Fernando Alonso – 58 mata

Kedudukan Pengeluar Selepas GP F1 Turki:

1. Mercedes – 433.5 mata
2. Red Bull Racing – 397.5 mata
3. McLaren – 240 mata
4. Ferrari – 232.5 mata
5. Alpine – 104 mata
6. Alpha Tauri – 92 mata
7. Aston Martin – 61 mata
8. Williams – 23 mata
9. Alfa Romeo – 7 mata
10. Haas – 0 mata


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: