Permotoran

KIP kembali hangatkan litar perlumbaan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KIP sah kembali ke litar perlumbaan bersama pasukan One XOX  TKKR Racing Team.

 

Oleh : SUBKHI SUDARJI

BEKAS pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi sah kembali ke litar perlumbaan bersama pasukan One XOX  TKKR Racing Team dalam Kejuaraan Superbike Malaysia (MSBK) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hujung minggu ini.

Jelas Khairul Idham atau lebih mesra disapa KIP, keputusan kembali beraksi dibuat selepas terdetik rasa rindu untuk kembali berlumba selepas mendapat sokongan dari keluarga.

Tegasnya, menjadi pelumba sememangnya menjadi impiannya sejak dari kecil dan mengharapkan penampilannya hujung minggu ini akan memberikan keputusan positif.

“Hampir setahun saya tidak berlumba di litar untuk hujung minggu ini saya nak enjoy dahulu selepas lama tidak berlumba, cuba untuk biasakan diri dengan motor dan suasana perlumbaan.

“Sasaran mestilah ingin naik podium tetapi saya lihat sudah ramai pelumba yang bagus dan meningkat naik ketika ini, saya nak cari balik saya punyai semangat dan keserasian bersama jentera tunggang, bila dah lama tinggal pastinya sedikit sukar tetapi tiada masalah buat saya.

“Keyakinan dalam jiwa yang masih menebal selaku pelumba membuatkan saya kembali beraksi dan jika ada rezeki ingin melangkah dengan lebih jauh,” jelasnya pada sidang media secara maya sebentar tadi.

Selepas meninggalkan pasukan Petronas Sprinta Racing Moto3 dua tahun lalu, KIP menghabiskan masa dengan membantu keluarga mengusahakan tanaman kelapa sawit dan melupakan segala-galanya mengenai dunia permotoran ketika itu.

“Masa saya undur diri sebelum ini ada juga beberapa pasukan menawakan diri untuk bersama mereka berlumba tetapi ketika itu saya mahukan ketenangan dan belum bersedia,” tegasnya.

KIP bakal menggunakan jentera bernombor 89 pada perlumbaan MSBK hujung minggu ini . (Foto : FB TKKR Racing Team)

Kembalinya KIP dalam dunia permotoan pastinya memberikan perkembangan positif daripada pelumba berusia 23 tahun itu apatah lagi pernah memenangani dua perlumbaan Moto3 pada 2016.

KIP dijangka menyertai perlumbaan hujung minggu ini di SIC dalam kategoi 600cc dengan menunggang jentera bernombor 89.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: