Permotoran

KBS sedia buka pintu bantu ‘El Pescao’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

KBS bersedia mendengar dan membantu permasalahan yang dihadapi Hafizh.

Oleh : SUBKHI SUDARJI

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) sedia membuka pintu rundingan dan perbincangan mengenai hala tuju pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang dikhabarkan akan menamatkan kariernya selaku pelumba negara.

Menterinya, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kementerian bersedia membantu sesiapa sahaja apatalah lagi atlet-atlet negara.

“Saya harapkan dia akan terus bersama dalam bidang permotoran bukan sahaja melatih pelumba baharu tetapu juga berkenaan industri sukan itu sendiri sebagaimana saya maklumkan mempunyai peluang perniagaan yang besar.

“Kita tidak mahu apabila atlet bersara atau berubah angin dalam bidang lagi mereka melupakan sepenuhnya.

“KBS akan mendengar dahulu permasalahan dan cari jalan yang terbaik dengan ruang yang ada kerana itu adalah tanggungjawab kita yang penting dia bersemangat dan mahu menoling diri sendiri, jadi disitu kita akan cari titik pertemuan bagi menyelesaikan masalah,” jelasnya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan ke Institut Sukan Negara (ISN) bersama Timbalannya, Dato’ Seri Ti Lian Ker, sebentar tadi.

Terdahulu dalam satu hantaran di Instagram baru-baru ini , pelumba berusia 27 tahun itu memuat naik Instastory yang menggamit perjalanan kariernya selama lapan tahun di saingan berprestij dunia berkenaan sejak 2014.

“Terima kasih semua yang sokong saya sampai sini dan bantu saya selama ini. Saya takkan lupa anda semua, mana yang baik saya ambil, yang buruk saya lupakan.

“New things (sesuatu yang baharu) saya akan bagi tahu anda, bila kena dengan masa.

“Anda semua terbaik, terima kasih semua,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: