Permotoran

Verstappen pelumba F1 paling popular dunia


Verstappen menjadi pelumba pilihan peminat-peminat F1.

MAX Verstappen dinamakan sebagai pelumba Formula Satu paling popular di dunia.

Pelumba Red Bull berusia 24 tahun itu akan diumumkan sebagai pelumba pilihan dunia menjelang aksi Grand Prix Amerika Syarikat Ahad ini.

Ia sebahagian daripada tinjauan rasmi Global F1 Fan yang dilakukan oleh Formula Satu bersama Nielsen Sports dan Motosport Network.

Keputusan tinjauan itu pastinya tidak dijangka dengan Hamilton berada senarai ketiga, di belakang Verstappen dan Lando Norris,21.

Pun begitu, Hamilton yang merangkul juara dunia tujuh kali ini masih mengekal popularitinya di Instagram dengan mengumpul 24.4 juta pengikut.

Dalam pada itu, Verstappen kini mendahului kedudukan pemandu dengan kelebihan enam mata (262.5) daripada Hamilton untuk berada di tangga teratas.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: