Antarabangsa

Newcastle terima pemilik baharu

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

PENGAMBILALIHAN  Newcastle United yang diketuai kumpulan pelaburan dari Arab Saudi, Public Investment Fund (PIF) bersama PCP Capital Partners LLP dan RB Sports & Media akhirnya direalisasikan apabila usaha pemerolehan 100 peratus saham kelab tersebut telah berjaya.

Perkara itu disahkan laman sesawang rasmi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut yang mendedahkan segala kelulusan diperlukan telah diperoleh dari Premier League.

Berita ini sekaligus menamatkan penantian panjang buat PIF, PCP Capital dan RB Sports & Media yang sudah sekian lama berminat untuk memiliki Newcastle United dengan nilai yang dilaporkan 305 juta paun.

Sehubungan dengan pemilikan tersebut, Yasir Al-Rumayyan yang merupakan Gabenor PIF secara rasmi bertindak selaku Pengerusi Bukan Eksekutif Newcastle United.

Ketua Pegawai Eksekutif PCP Capital Partners, Amanda Staveley pula akan berada dalam senarai Ahli Lembaga Pengarah kelab tersebut dan Jamie Reuben, seorang jutawan yang mewakili RB Sports & Media juga akan memegang jawatan pengarah.

“Saya sangat berbangga dapat menjadi pemilik baharu kepada Newcastle United, salah sebuah pasukan terkenal dalam bola sepak Inggeris,” ulas Yasir Al-Rumayyan berhubung kejayaan itu.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada para penyokong Newcastle United atas sokongan mereka yang setia selama bertahun-tahun dan kami gembira untuk bekerja bersama mereka.”

Berita ini pastinya menggembirakan penyokong Newcastle United yang pastinya sudah boleh memasang impian untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris dan beraksi di Liga Juara-Juara Eropah.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: