Antarabangsa

Pemilik baharu Newcastle United sedia ubah kelab jadi ‘superpower’

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Amanda Staveley

PEMILIK baharu Newcastle United memberitahu mahu mengubah kelab menjadi ‘superpower’ seperti Manchester City dan Paris Saint-Germain (PSG) selepas selesai proses mengambil alih bernilai 305 juta paun.

Pemilik bersama kelab Amanda Staveley menekankan cita-citanya itu dalam konsortium ini, yang turut disokong dengan 700 bilion paun dari Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi.

The Magpies dimiliki olek pemilik terkaya di planet ini dan kejayaan mengambil alih kelab tersebut sokong dengan ribuan penyokong di St James Park.

Penyokong-penyokong Newcastle meraikan kejayaan pertukaran pemilik di St James Park. Foto: Reuters

“Sudah tentu kami mempunyai cita-cita seperti Manchester City dan PSG untuk merangkul trofi… sudah tentu, tetapi ia akan mengambil masa.

“Adakah kami ingin menjuarai Liga Perdana dalam tempoh 10 tahun? Ya. Pengambilalihan ini adalah transformasi yang besar. Kami mahu melihat trofi. Tetapi trofi memerlukan pelaburan, masa, kesabaran dan kerjasama,” jelasnya kepada Sportsmail.

Sementara itu, ketua jurulatih, Steve Bruce bakal kehilangan tugasnya dan difahamkan pemilik baharu ini sedia membayar pampasan 8 juta paun untuk memecatnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: