Antarabangsa

Dua kali dijangkiti Covid-19, Robinson kekal tolak vaksin


Robinson belum bersedia mengambil suntikan vaksin Covid-19.

CALLUM Robinson menjadi bintang pertama bola sepak yang tampil secara terbuka menolak vaksin Covid-19.

Penyerang Ireland berusia 26 tahun itu mengalami jangkitan virus Covid-19 sebanyak dua kali (November 2020 dan Ogos 2021), namun masih ‘berdegil’ tidak mahu mendapatkan suntikan vaksin.

Bagaimanapun Robinson yang menerima gaji 27,000 paun seminggu bersama kelab West Brown enggan mendedahkan alasannya.

Penyerang ini terlepas aksi bersama negaranya ketika aksi Kelayakan Dunia bulan lalu.

Robinson terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia bersama Ireland bulan lalu.

“Ia sangat menjengkelkan apabila terkena Covid-19 sebanyak dua kali, tetapi saya tidak mengambil vaksin. Saya boleh mengubah fikiran untuk berbuat demikian, tetapi buat masa ini saya tidak mahu,” jelasnya.

“Saya fikir ia adalah pilihan diri sendiri, dan buat masa ini, pilihan saya adalah tidak mahu divaksin.

“Semua orang mempunyai pilihan masing-masing, saya tidak mahu memaksa orang lain kerana ia adalah pilihan diri sendiri dan tubuh sendiri.”


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading