Antarabangsa

Suntik vaksin atau lupakan aksi Terbuka Australia


Djokovic dilaporkan antara bintang tenis yang belum mengambil suntikan vaksin.

BEBERAPA pemain tenis terkemuka dunia terpaksa membuat pilihan sekiranya ingin beraksi pada Terbuka Australia pada 17-30 Januari 2022.

Pihak kerajaan Victoria itu mahu semua atlet mendapatkan suntikan vaksin penuh selewat-lewatnya penghujung November ini jika ingin beraksi dalam acara Grand Slam tersebut.

Dengan peningkat harian melebihi seribu kes di Melbourne, ia bertambah sukar bagi atlet-atlet luar negara dikecualikan daripada keperluan (vaksin) itu Januari ini.

Juara sembilan kali Novak Djokovic dipercayai antara pemain tenis yang belum mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Berdasarkan rekod pada Terbuka Amerika Syarikat baru-baru ini, hanya 60 peratus sahaja pemain yang lengkap suntikan vaksin, manakala sekurang-kurangnya empat pemain lelaki terkemuka tidak mengambilnya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tenis Australia Craig Tiley sebelum ini telah memberi bayangan bahawa syarat ketat mungkin dipertimbangkan bagi pemain yang tidak menyuntik vaksin.

 

 


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: