Antarabangsa

“Ada Ronaldo… pastinya ada peluang” – Solskjaer

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Solskjaer (kanan) bersama Ronaldo selepas aksi kemenangan ke atas Villarreal awal pagi Khamis.

 

PENGENDALI Manchester United Ole Gunnar Solskjaer memuji Cristiano Ronaldo selepas aksi kemenangan 2-1 ke atas Villarreal dalam saingan Kumpulan F Liga Juara-Juara (CL) pagi Khamis.

Ronaldo sekali lagi mencipta rekod penampilan ke-178 dalam perlawanan, malah menjadikan jaringan terkini Manchester United dalam aksi CL sekaligus mencatat kemenangan.

Ronaldo melakar gol kemenangan ketika tempoh masa kecederaan sebelum tamat perlawanan.

“Apabila anda ada Cristiano Ronaldo di padang, anda sentiasa ada peluang.

“Dia sangat bagus di depan gol dan telah memberi impak kepada semua – penonton dan semua pemain kedua-dua kelab.

“Dia telah banyak kali melakukannya. Apabila anda melihat dia (bersama Portugal) menentang Ireland bulan lalu, dia terlepas sepakan penalti dan tidak atau kurang menyentuh bola, namun dia melakukan dua tandukan yang cantik dalam beberapa minit.

“Itulah yang dia lakukan sepanjang kariernya. Dia kekal dalam permainan.

“Dia mempunyai beberapa peluang tetapi halangan menyebabkan dia gagal melakukan penyudah yang baik, namun dia tenang dan menunggu peluang baik hadir,” jelas Solskjaer.

Sebelum ini, United tewas dalam aksi pembukaan CL bertemu Young Boys, namun bangkit pada aksi kedua ini.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: