Antarabangsa

Chelsea tewas di tangan Juventus, “Kecewa… pemain kelihatan penat”

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Chiesa menjaringkan gol tunggal perlawanan.

 

CHELSEA terkulai tewas pada aksi pertaam Liga Juara-Juara di tangan Juventus pada aksi pertama awal pagi Khamis.

Federico Chiesa meledak gol tunggal Old Lady hanya 10 saat sebaik sahaja  babak kedua bermula sekaligus cukup memberi kemenangan di Turin.

The Blues yang travel ke Itali tanpa pemain tengah utama N’golo Kante serta Mason Mount berikutan jangkitan Covid-19, manakala Kai Haverts dan Hakim Ziyech Hakim berdepan dengan kecederaan sekali lagi terpaksa menelan pahit dengan adegan tewas selepas kalah 0-1 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Sabtu lalu.

Pemain Juventus merai kemenangan ke atas Chelsea.

Bairpun mata tertumpu kepada penyerang Chelsea Romelu Lukaku, namun pemain Belgium itu berdepan dengan kesukaran memecah benteng pertahanan Juve yang dibarisi Matthijs de Ligt dan Leonardo Bonucci.

Dalam pada itu, pengurus Chelsea Thomas Tuchel mengakui skuadnya kelihatan penat ketika bermain dengan Juventus.

Tuchel kecewa dengan aksi pemain-pemainnya.

“Kecewa. Kami semua kecewa. Ia satu perlawanan yang sengit seperti yang dijangkakan. Anda perlu bermain tanpa sebarang kesilapan di bahagian tengah dan mengambil risiko dengan segera. Ia memerlukan rentak dan keputusan yang tepat.

“Saya tidak nampak kami kelihatan segar hari ini, secara mental. Kami berlatih semalam. Tetapi hari ini tidak seperti yang diharapkan,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: