Antarabangsa

“Terima kasih ubah hidup saya”, Manny ‘Pacman’ Pacquiao umum bersara, fokus karier politik

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pacquiao umum bersara dari dunia tinju.

MANNY Pacquiao mengesahkan bersara dari karier tinju bagi memberi fokus kepada dunia politik, merebut kerusi presiden Filipina tahun depan.

Legenda tinju yang digelar ‘Pacman’ ini mengumumkan menggantung sarung tangannya dengan rekod lapan kali kejuaraan dunia sekaligus menyaksikan Senator Filipina ini meninggalkan gelanggang yang bermakna sepanjang kariernya.

“Dengan menggantungkan ‘gloves’ ini, saya ingin mengucapkan terima kasih untuk seluruh dunia, terutamanya kepada orang Filipina yang memberi sokongan kepada Manny Pacquiano.

“Selamat tinggal tinju,” tulis Pacquiano di laman Facebook rasmi miliknya.

“Ini sangat sukar untuk terima kenyataan bahawa tempoh dalam tinju sudah berakhir. Hari ini saya mengumumkan bersara (sebagai petinju).”

Pacquiao menamatkan kariernya selama 26 tahun dengan 72 pertarungan bersama 62 kemenangan, lapan kekalahan dan dua seri.

Manakala daripada 62 kemenangan tersebut, 39 adalah dengan kalah mati dan 23 dengan keputusan dari juri.

Perlawanan terakhir bulan lalu menyaksikan Pacquiao tewas di tangan Ugas.

Dia memenangi 12 gelaran dunia dan merupakan satu-satunya pejuang dalam sejarah yang memenangi gelaran di lapan kategori berbeza.

Persaraannya daripada tinju ini juga susulan kekalahan yang memalukan kepada peninju muda Yordenis Ugas di Las Vegas bulan lalu dengan keputusan sebulat suara.

“Terima kasih kerana telah mengubah hidup saya, ketika keluarga saya putus asa, anda memberi kami harapan, anda memberi saya peluang untuk menerangi jalan keluar daripada kemiskinan,” kata Pacquiao dalam klip video yang dimuatnaiknya.

Pacquiao mahu bertanding merebut kerusi presiden Filipina dalam pilihanraya Mei tahun depan,

“Kerana anda, saya dapat memberi inspirasi kepada orang lain seluruh dunia. Kerana anda, saya telah diberi keberanian untuk mengubah lebih banyak kehidupan. Saya tidak akan melupakan apa yang telah saya buat dan capai dalam hidup saya yang tidak dapat dibayangkan. Saya baharu sahaja mendengar loceng terakhir. Tinju sudah berakhir.”

Sebelum ini Pacquaio telah memberi bayangan untuk bersara dari dunia tinju apabila menerima pencalonan parti politiknya dan mengumumkan akan mencalonkan diri sebagai presiden Filipina pada pemilihan Mei 2022.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: