Antarabangsa

Akhirnya Messi jaringkan gol

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Messi akhirnya menemui sentuhan jaringan selepas gagal melakukannya pada tiga penampilan bersama pasukan sebelum ini.

 

SELEPAS buntu mencatatkan nama selaku penjaring dalam tiga perlawanan, Lionel Messi akhirnya menjadikan pentas Liga Juara-Juara sebagai permulaan baginya meledak gol bersama pasukan baharunya, Paris Saint-Germain.

Jaringan kedua yang dihasilkannya membantu kemenangan Paris Saint-Germain, 2-1 mengatasi Manchester City pada aksi kedua Kumpulan A yang berlangsung awal pagi tadi.

Terdahulu PSG membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Idrissa Gueye sebelum Messi melebarkan jurang jaringan pada minit ke-74.

Ini adalah gol pertama Messi setelah menyertai PSG dan bintang Argentina tersisih dua perlawanan dalam Ligue 1 kerana masalah lutut.

Ujar Messi, dia kini mula menyesuaikan diri dengan corak permainan dan juga rakan sepasukannya.

“Saya tidak dapat bermain akhir-akhir ini dan ini adalah permainan kedua saya di stadium ini. Saya menyesuaikan diri dengan pasukan baru saya. Semakin kerap kita bermain bersama, semakin baik hubungan kita

“Mereka (Man City) adalah lawan yang hebat. Sangat penting bagi kami untuk memenangi perlawanan ini setelah seri menentang Brugge.

“Sangat gembira dapat menjaringkan gol,” ujarnya.

Dalam satu lagi perlawanan, Club Bruges terus melakarkan kejutan apabila meraih tiga mata dengan kemenangan 2-1 mengatasi RB Leipzig.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: