Antarabangsa Bola Sepak

Tiada masalah buat Reds benam Porto

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Salah (tiga, kanan) meledak dua gol membantu kemenangan 5-1 mengatasi FC Porto, awal pagi tadi.

LIVERPOOL gah memimpin Kumpulan B Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan bergaya 5-1 mengatasi Porto FC pada aksi kedua, awal pagi tadi.

Tiga mata yang diraih skuad bimbingan Jurgen Klopp ini memastikan mereka mengutip enam mata hasil kemenangan ditempat lawan malam ini dan AC Milan pada aksi pertama dilaman sendiri sebelum ini.

Penyerang prolifik The Reds, Mohamad Salah terus merekodkan jaringan buat pasukan menerusi dua ledakan golnya pada minit ke- 18 dan m-60.

Terdahulu selepas gol pertama pelawat, Sadio Mane turut menjaringkan gol kedua pada minit ke-45 sebelum malam gemilang Liverpool diteruskan dengan dua gol menerusi pemain gantian Roberto Firmino (m-77 dan m-88) .

Gol tunggal tuan rumah pula dijaringan menerusi Taremi pada minit ke-75.

Sementara itu satu lagi pertembungan dalam kumpulan yang sama, AC Milan tewas 1-2 kepada  Atletico Madrid.

Gol tuan rumah dihasilkan, Leao pada minit ke -20) sebelum dua gol pada 10 minit terakhir babak kedua menerusi Griezmann m-84 dan Luis Suarez penghujung masa tambahan memastikan tiga mata mutlak mutlak buat pelawat.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: