Hoki

Berita baik buat peminat sukan hoki

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh.

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

PENONTON bakal dibenarkan masuk menyaksikan kejohanan Hoki TNB Liga Remaja Malaysia 2021 yang dijadualkan berlangsung 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Dr. Anil Jeet Singh berkata, kebenaran ini adalah tertakluk dan mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Sama seperti sukan-sukan lain antaranya bola sepak, jika kami mendapat kebenaran dari MKN dan KKM penyokong akan dibenarkan masuk menyaksikan kejohanan ini.
“KHM akan pastikan semua peraturan ditetapkan dipatuhi dari segi jarak dan kapasiti serta penonton perlulah sudah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.
“Keputusan ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan, Sabtu ini,” jelasnya pada sidang media di pejabat KHM, sebentar tadi.
Seramai 25 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ini membabitkan lapan pasukan dalam Divisyen 1 dan 17 pasukan dalam Divisyen 2.

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: