Hoki

25 pasukan sertai saingan TNB MJHL 2021

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Dr. Anil Jeet turut memaklumkan Piala Tun Abdul Razak 2021 akan berlangsung pada 10 November hingga 20 November 2021 dengan jumlah penyertaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

SERAMAI 25 pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam saingan TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2021 yang akan membuka tirai pada 26 November 2021 hingga 2 Januari 2022.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Dato’ Sri Dr. Anil Jeet Singh berkata, kejohanan tersebut akan dilangsungkan dalam dua divisyen iaitu sebanyak lapan pasukan akan berada dalam divisyen satu sementara 17 lagi pasukan akan bersaing dalam divisyen dua.

“Pecahan jumlah pasukan yang akan beraksi pada Divisyen Satu serta Divisyen Dua telah diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan KHM dalam satu mesyuarat yang telah diadakan.

“Jawatankuasanya juga telah melantik Vinod Anand daripada Kuala Lumpur sebagai Pengarah Kejohanan yang akan dibantu oleh dua Penolong Pengarah Kejohanan,” jelasnya pada sidang media dipejabat KHM, hari ini.

Pada masa sama, Dr Anil berkata, kejohanan Piala Tun Abdul Razak 2021 yang akan berlangsung pada 10 November hingga 20 November 2021 hanya akan diketahui jumlah penyertaan negeri yang akan mengambil bahagian selepas 11 Oktober 2021 yang merupakan tarikh tutup bagi negeri-negeri untuk mengesahkan penyertaan mereka.

“Bagi memberikan penghormatan kepada pegawai-pegawai wanita yang terlibat dalam sukan hoki, buat kali pertama, KHM menyerahkan tugas selaku Pengarah Kejohanan bagi Piala Tun Abdul Razak 2021 kepada pegawai wanita, iaitu Anant Kaur daripada Selangor yang akan turut dibantu oleh dua Penolong Pengarah Kejohanan,” tegasnya.

 

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: