Bola Sepak

‘The Rhinos’ terpaksa ketepikan Saddil

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: SUBKI SUDARJI

SABAH FC terpaksa melupakan khidmat pemain import dari Indonesia, Saddil Ramdani dalam saingan Piala Malaysia 2021 selepas mengalami kecederaan pangkal paha (Groin) semakin serius.

Pengurus The Rhinos, Marzuki Nasir berkata perkhabaran ini disahkan pakar bedah ortopedik Hospital KPJ Damansara, Dr Gan Eng Cheng.

“Saddil perlu mendapatkan rawatan susulan dan terpaksa berehat sekurang-kurangnya 3 bulan atas nasihat doktor jika ingin pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya sejak 5 perlawanan terakhir saingan Liga Super.

Saddil terpaksa berehat sekurang-kurangnya tiga bulan.

“Pengurusan amat mengharapkan agar Saddil dapat segera pulih sepenuhnya untuk menghadapi saingan Liga Super 2022,” ujarnya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Marzuki berkata walaupun ketiadaan Saddil menjejaskan sedikit perancangan Sabah FC dalam kempen Piala Malaysia namun apa yang penting Saddil dapat pulih seratus peratus bagi menghadapi kempen Liga Malaysia musim depan.

Aksi Saddil ketika bertemu KL City.

Kali terakhir Saddil diturunkan membantu pasukan ketika menentang PJ City FC pada aksi pertama Piala Malaysia selaku pemain gantian.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: