Bola Sepak

Aidil Sharin akui pemain alpa, Zainal Abidin ‘senyum lebar’ di Alor Setar


KETUA jurulatih pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Sharin Sahak menyifatkan kesilapan pemainnya sendiri menjadi penyebab utama mereka terpaksa berputih mata pada perlawanan Malaysia peringkat kumpulan di Stadium Darul Aman, Khamis malam.

Menurut Aidil, pemainnya berjaya memastikan mereka mendahului seawal minit ke- 6 tetapi kealpaan dan kesilapan pemainnya sendiri telah membuka ruang untuk Melaka United mengambil kesempatan bagi meraih kemenangan.

“Sifat dan keyakinan dapat mengatasi lawan mereka dengan mudah setelah berjaya mengatasi lawan sama pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Aman memaksa kami berputih di gelanggang sendiri.

Dua pemain Kedah cuba mengejar pemain MUFC pada aksi kedua Kumpulan C Piala Malaysia. Foto: MFL

“Walaupun ketinggalan 3-1 pemain telah berusaha dan berkerja keras bagi mencari jaringan untuk memadam kelebihan lawan namun aksi cemerlang penjaga gol Melaka Khairul Fahmi Che Mat serta beraksi dengan disiplin yang tinggi oleh pemain pertahanan Melaka mengecewakan segala usaha pemain saya.

“Apa yang berlaku pada malam ini perlu dijadikan sebagai teladan dan pemain saya perlu berubah sikap dan perlu memastikan kerja keras sepanjang 90 minit permainan,” kata Aidil.

Katanya, dia akan memberi cuti selama beberapa hari untuk pemain berehat bersama keluarga dan latihan akan bersambung semula untuk pemainnya kecuali yang bersama pasukan kebangsaan.

Sementara itu ketua jurulatih pasukan Melaka, Zainal Abidin Hassan, bersyukur kerana barisan pemainnya beraksi dengan penuh semangat serta kesungguhan bagi meraih kemenangan mengatasi Kedah di Stadium Darul Aman.

 

“Setelah tamat Liga super kesemua pemain serta diri saya telah bersemuka danberbincang mengenai kelemahan dan kesilapan yang telah melakukan ketika mengharungi liga.

“Pertemuan dan perbincangan ini telah berjaya mengatasi kelemahan serta berjaya menambah keyakinan pemain saya untuk mereka meningkat prestasi mereka dan beraksi dengan penuh kesungguhan selama 90 minit perlawanan.

“Saya dan juga pemain saya mengetahui kehebatan naib juara liga musim ini pasukan Kedah dan mereka telah beraksi dengan penuh disiplin serta berjaya mengikuti segala arahan adalah punca kejayaan kami,” kata Zainal.

Melaka United FC mengutip mata penuh ke atas tuan rumah, KDA FC.

Walaupun ketinggalan satu gol barisan pemain saya telah terus bekerja keras dan akhirnya mereka berjaya menjaringkan tiga gol untuk memastikan kemenangan kedua kami pada perlawanan Piala Malaysia peringkat kumpulan musim ini.

“Saya harap barisan pemain saya dapat meneruskan permainan kecemerlangan ini pada baki perlawanan Piala Malaysia musim ini kerana kita masih ada baki mepat perlawanan lagi perlu di harungi dan apa apa sahaja boleh berlaku.

“Pemain saya tidak boleh terlalu yakin yang mereka mampu melayakkan diri ke peringkat suku akhir musim hanya kerana berjaya mengatasi Kedah Darul Aman FC kalau ini berlaku kita akan menerima nasib yang sama seperti lawan kita malam ini,” tambah Zainal.


Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: