Bola Sepak

Sarawak United terima sumbangan dari CSA-CFG, bantu golongan terkesan akibat Covid-19

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Wakil CSA-CFG bergambar bersama wakil Sarawak United selepas penyerahan sumbangan di Stadium UiTM Shah Alam, Khamis.

SARAWAK United FC menerima sumbangan daripada Chinese Student Association (CSA) dengan kerjasama City Football Group Association (CFG) untuk disalurkan kepada golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sumbangan berbentuk barangan peralatan menulis, barang perubatan seperti pelitup muka, makanan serta minuman dan Personal Protective Equipment (PPE) diserahkan kepada wakil Sarawak United sebelum perlawanan Piala Malaysia menentang Sri Pahang di Stadium UiTM Shah Alam pada Khamis malam.

Turut hadir termasuk Ketua Rombongan Datuk Tengku Hishamuddin Zaizi Tengku Azman Shah bagi memeriahkan majlis penyerahan sumbangan ini.

Wakil Sarawak United turut menyerahkan jersi pasukan kepada wakil CSA-CFG.

CSA merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh para pelajar China di Malaysia yang bertujuan membantu golongan yang terkesan untuk meneruskan kehidupan normal.

Mereka juga telah bekerjasama dengan CFG untuk menganjurkan beberapa acara amal bagi menyampaikan sumbangan secara lebih menyeluruh.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: