Bola Sepak

KDA FC mudah atasi KUFC

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh : SUBKHI SUDARJI / IZARI ROSLI

NAIB juara Liga Super 2021, Kedah Darul Aman meraih tiga mata penuh pada aksi pertama Kumpulan C apabila menang 3-0 ke atas Kelantan United FC (KUFC), di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebentar tadi.

Beraksi dilaman sendiri, KDA FC bagaimanapun hampir dikejutkan gol awal menerusi peluang yang dimiliki penyerang KUFC, Alfusainey Gassama pada minit ke-10 namun tandukan pemain berkenaan tersasar jauh dari pintu gol.

Tersentak dengan serangan tersebut, Lang Merah mula memperkemaskan corak permainan dengan corak hantaran jauh mencari Kpah Sherman dan Kipre Tchetche yang dibahagian hadapan.

Gol pertama tuan rumah muncul hasil kesilapan penjaga gawang KUFC, Mohammad Fikri Che Soh pada minikt ke-13 selepas dia yang gagal melakukan sepakan kemas ketika berhadapan dengan Syazwan Zainol.

Kesilapan tersebut nyata dimanfaatkan Syazwan yang mudah menolak masuk bola ketika gawang pelawat terbuka luas.

Sherman seharusnya meletakkan tuan rumah didepan dengan kelebihan dua gol pada minit ke-24 namun sepakannya tidak menemui sasaran.

Memasuki masa kecederaan separuh masa pertama, Kipre akhirnya memastikan pasukan beredar masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan dua gol apabila tolakannya berjaya menewaskan Mohammad Fikri buat kali kedua.

Babak kedua turut menyaksikan beberapa peluang dimiliki pelawat khususnya menerusi Gassama pada minit ke 55 namun kali ini palang pula menafikan tandukan penyerang berkenaan ketika Mohd Ifwat sudah pun tertewas.

Syazwan terus melebarkan kelebihan buat pasukan apabila menjaringkan gol kedua peribadi dan ketiga buat pasukan selang dua minit kemudian.

Ketinggalan tiga gol tidak melemahkan semangat pemain KUFC yang terus melancarkan serangan memburu gol menerusi percubaan Gassama dan pemain gantian, Shafizi namun masih buntuk sehinggalah wisel penamat dibunyikan Mohd Fusser Md Sallih dengan kemenangan 3-0 buat tuan rumah.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: