Bola Sepak

Figos ‘Pro Mundo’ koleksi terkini kasut Futsal Piala Dunia, lebih selesa dan ringan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

BAGI menghidupkan kembali kemeriahan sukan futsal tanah air, Figos Malaysia tampil memperkenalkan kasut terbaharu yang direka dengan ciri-ciri yang lebih baik.

‘Pro Mundo’ tampil dengan dua warna ‘Red-Elite’ dan ‘Black Ace’ direka dengan daya tahan yang tinggi, ‘super’ lembut dan ringan. Kasut ini juga mempunyai sentuhan cengkaman paling selesa di bahagian depan dan sesuai dengan bentuk kaki A dan B.

Ia juga didatangi dengan kolar serat baldu yang lembut dibahagian dalam kasut dan ‘anti slip’.  Manakala bahagian bawah direka dengan separuh getah tulen, serta di bahagian tapak bahagian dalam yang direka dengan sokongan paling lembut.

Menurut Pengarah Urusan Figos Sdn Bhd Tan Kok Wai, kasut terbaharu ini akan berada di pasaran bermula Khamis (30 September) ini.

“Semua peminat futsal tanah air boleh mula membeli secara atas talian di laman sosial Figos – link Facebook dan Instagram dengan permulaan harga diskaun iaitu RM230 (harga sebenar RM280).

“Ini antara hasil rekaan terbaik yang pernah dihasilkan setakat ini dan ia juga turut digunakan oleh pemain-pemain futsal terkemuka dunia,” jelasnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: