
Oleh: JJFIRDAUS
PEMANDU Mercedes, Lewis Hamilton berjaya menjuarai Grand Prix Rusia sekaligus kemenangan ke-100 beliau dalam Formula Satu dan berjaya merampas semula kedudukan pendahulu kategori pemandu.
Hujan yang melanda Litar Sochi Autodrome lima pusingan sebelum tamat menjadikan keadaan huru-hara dengan Lando Norris yang mendahului majoriti perlumbaan lambat untuk menukar kepada tayar hujan dan menyerahkan kemenangan buat Hamilton.
Hamilton yang memulakan perlumbaan di petak keempat berjaya menyerap asakan awal dari pemandu lain sebelum berjaya merapatkan jurang kepada Norris dan akhirnya keputusan pasukan untuk menukar tayar membuahkan hasil.
Tempat kedua menjadi milik pencabar kejuaraan, Max Verstappen yang nyata gembira apabila terpaksa memulakan perlumbaan di petak terakhir kerana penalti akibat menukar enjin baharu.
Menyertai mereka di podium adalah pemandu Ferrari, Carlos Sainz yang mendahului di peringkat awal manakala tempat keempat menjadi milik pemenang Grand Prix Itali, Daniel Ricciardo.
🏁 LAP 53/53 END OF RACE 🏁
TOP 10
Hamilton 🏆x💯
Verstappen
Sainz
Ricciardo
Bottas
Alonso
Norris
Raikkonen
Perez
Russell #RussianGP #F1 pic.twitter.com/8SzPsqW8sV— Formula 1 (@F1) September 26, 2021
“Terima kasih kepada semua penyokong di sini. Ianya adalah perjalanan yang panjang untuk mencapai kemenangan ke-100 ini dan saya tidak tahu bila saatnya. Lando melakukan tugas yang baik dan saya berterima kasih kepada pasukan di sini dan juga di ibu pejabat” kata Hamilton ketika sidang media selepas perlumbaan.
Hamilton juga kini muncul sebagai pemandu tunggal yang berjaya menjuarai 100 perlumbaan selepas sebelum ini memecahkan rekod 91 kemenangan milik legenda, Michael Schumacher.
Dengan kemenangan ini, Hamilton kembali memimpin senarai pendahulu, dua mata di hadapan Verstappen. Tiada apa yang dapat memisahkan kedua-dua seteru ini dan Grand Prix Turki selepas ini bakal menjadi medan pertaruhan terbaharu mereka.
Keputusan Grand Prix F1 Rusia:
1. Lewis Hamilton – Mercedes
2. Max Verstappen – Red Bull
3. Carlos Sainz – Ferrari
4. Daniel Ricciardo – McLaren
5. Valtteri Bottas – Mercedes
6. Fernando Alonso – Alpine
7. Lando Norris – McLaren
8. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
9. Sergio Perez – Red Bull
10. George Russell – Williams
11. Lance Stroll – Aston Martin
12. Sebastian Vettel – Aston Martin
13. Pierre Gasly – Alpha Tauri
14. Esteban Ocon – Alpine
15. Charles Leclerc – Ferrari
16. Antonio Giovinazzi – Alfa Romeo
17. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
18. Nikita Mazepin – Haas
19. Nicolas Latifi – Williams
20. Mick Schumacher – Haas
Kedudukan Pemandu Selepas GP Rusia
1 . Lewis Hamilton – 246.5 mata
2 . Max Verstappen – 244.5 mata
3 . Valtteri Bottas – 151 mata
4 . Lando Norris – 139 mata
5 . Sergio Perez – 120 mata
6 . Carlos Sainz Jnr – 112.5 mata
7 . Charles Leclerc – 104 mata
8 . Daniel Ricciardo – 95 mata
9 . Pierre Gasly – 66 mata
10 . Fernando Alonso – 58 mata
11. Esteban Ocon – 45 mata
12. Sebastian Vettel – 35 mata
13 . Lance Stroll – 24 mata
14. Yuki Tsunoda – 18 mata
15 . George Russell – 16 mata
16 . Nicholas Latifi – 7 mata
17. Kimi Raikkonen – 6 mata
18. Antonio Giovinazzi – 1 mata
19 . Mick Schumacher – 0 mata
20. Robert Kubica – 0 mata
21. Nikita Mazepin – 0 mata
Kedudukan Pengeluar Selepas GP Rusia
1. Mercedes – 397.5 mata
2 . Red Bull – 364.5 mata
3 . McLaren – 234 mata
4 . Ferrari – 216.5 mata
5 . Alpine – 103 mata
6 . AlphaTauri – 84 mata
7 . Aston Martin – 59 mata
8 . Williams – 23 mata
9 . Alfa Romeo – 7 mata
10 . Haas – 0 mata
Add Comment