
LITAR Antarabangsa Losail di Qatar bakal menganjurkan Grand Prix Formula 1 buat kali pertama pada 19-21 November ini sebagai pusingan ke-20 untuk musim 2021.
Selain itu, Qatar juga telah menandatangani perjanjian untuk menganjurkan perlumbaan Formula Satu selama 10 tahun bermula pada tahun 2023.
Litar ini sangat popular dalam perlumbaan dua roda dengan Losail telah menganjurkan kejuaraan MotoGP sejak dari 2004. Ooredoo syarikat telekomunikasi antarabangsa akan menjadi penaja utama acara ini.
BREAKING: F1 will race in Qatar for the first time on 19-21 November
Qatar will also join the F1 calendar in a 10-year deal from 2023
هلا بكم في الدوحة#F1 #QatarGP pic.twitter.com/I2EhTIw7KW— Formula 1 (@F1) September 30, 2021
Dengan penambahan Qatar di dalam kalendar, ianya mewujudkan tiga perlumbaan penghujung musim 2021 di Timur Tengah. Grand Prix Qatar bakal disusuli oleh Grand Prix sulung di Arab Saudi pada 3-5 Disember diikuti dengan Grand Prix Abu Dhabi yang akan berlangsung pada 10-12 Disember.
Ini adalah berita yang mengujakan buat peminat sukan Formula 1 di seluruh dunia dengan kejuaraan yang sengit tahun ini di antara juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton dengan pemandu Red Bull Racing, Max Verstappen bakal berlangsung di litar yang asing buat semua pemandu.
Add Comment