Bola Sepak Permotoran

F1 Rusia: Norris terpantas di Litar Sochi Autodrome

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Oleh: JJFIRDAUS

PELUMBA  pasukan McLaren, Lando Norris berjaya merampas petak pertama untuk perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) Rusia dalam sesi kelayakan yang berlangsung di Litar Sochi Autodrome pada Sabtu.

Norris berjaya mencatat petak utama pertama dalam kariernya dalam sesi kelayakan yang berlangsung dalam cuaca hujan yang memberikan debaran sepanjang sesi.

Norris mencatat masa sepusingan terpantas 1 minit 41.993 saat di litar sepanjang 5.8 km itu untuk permulaan petak utama. Turut sama bakal bermula di barisan hadapan adalah pemandu Ferrari, Carlos Sainz ketinggalan 0.517 saat di belakang dan George Russell ketiga.

Pendahulu keseluruhan Max Verstappen hanya akan memulakan perlumbaan di petak terakhir apabila terpaksa melakukan pertukaran enjin baharu sekaligus dikenakan penalti manakala pencabar terdekat Lewis Hamilton hanya akan bermula di petak keempat.

Norris menguasai perlumbaan kelayakan di Litar Sochi Autodrome. Foto: F1

Sesi kelayakan pertama menyaksikan Kimi Raikkonen, Mick Schumacher, Antonio Giovinazzi dan Nikita Mazepin. tersingkir dan bakal memulakan perlumbaan di grid ke-16 hingga ke-19.

Sebastian Vettel, Pierre Gasly, Yuki Tsunoda, Nicolas Latifi dan Charles Leclerc menjadi lima pelumba paling perlahan dan akan memulakan perlumbaan dari petak ke-11 hingga ke-15.

10 perlumba meneruskan perebutan petak utama dalam sesi kelayakan ketiga dengan perjudian Lando Norris untuk menukar ke tayar kering berjaya membuahkan hasil dan berjaya mencatat masa terpantas sekaligus meneruskan rentak cemerlang McLaren yang menjuarai Grand Prix Itali sebelum ini.

Mampukah Max Verstappen bangkit dari petak terakhir dan mampukah Lewis Hamilton mengambil kesempatan untuk merapatkan jurang mata dan adakah Lando Norris mampu mencatatkan kemenangan pertama dalam kariernya?

Semuanya bakal terjawab dalam perlumbaan Grand Prix Rusia pada Ahad pukul 8 malam waktu Malaysia.

Keputusan Kelayakan F1 Rusia:

1. Lando Norris – McLaren
2. Carlos Sainz – Ferrari
3. George Russell – Williams
4. Lewis Hamilton – Mercedes
5. Daniel Ricciardo – McLaren
6. Fernando Alonso – Alpine
7. Valtteri Bottas – Mercedes
8. Lance Stroll – Aston Martin
9. Sergio Perez – Red Bull
10. Esteban Ocon – Alpine
11. Sebastian Vettel – Aston Martin
12. Pierre Gasly – Alpha Tauri
13. Yuki Tsunoda – Alpha Tauri
14. Nicolas Latifi – Williams
15. Charles Leclerc – Ferrari
16. Kimi Raikkonen – Alfa Romeo
17. Mick Schumacher – Haas
18. Antonio Giovinazzi – Haas
19. Nikita Mazepin – Haas
20. Max Verstappen – Red Bull


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: