
Oleh : SUBKHI SUDARJI
JOHOR DARUL TA’ZIM
- Pentas final seharusnya menjadi milik penyandang juara Piala Malaysia 2019 ini jika dilihatkan prestasi semasa pasukan selain barisan pemain yang bersedia memberikan impak apabila diturunkan
- Reputasi juara Liga Super 8 kali berturut-turut sememangnya memberikan erti gusar pada pesaing lain yang kini merebut hanya satu slot untuk ke pusingan seterusnya.
- Hanya keajaiban dan sesuatu yang dilar biasa sahaja mampu menafikan JDT untuk terus berada dipentas final dan tidak musthail menjulang piala musim ini.

PETALING JAYA CITY FC
- Anak didik P Maniam membuktikan tanpa pemain import mereka mampu melangkah jauh dan memberikan saingan sengit kepada pasukan lawan.
- Gandingan pemain lama serta baharu yang diterapkan selaian kembalinya Darren Lok dari kecederaan selain pemain yang bebas dari kecederaan antara senjata utama skuad yang dilihat mampu mengiringi JDT

SABAH FC
- Pentas terbaik buat jurulatih baharu Datuk Ong Kim Swee untuk mengembalikan keyakinan penyokong serta memulihkan reputasi Sang Badak yang nyata merundum selepas bersambungan pusingan kedua Liga Super sebelum ini.
- Pemain berpengalaman, Amri Yahyah selain Levy Madinda serta Saddil Ramdani pastinya akan digunakan sepenuhnya Kim Swee untuk membantu pasukan meraih keputusan positif dalam saingan kali ini.
- Mampu melakar kejutan namun banyak yang perlu dilakukan pasukan dari Negeri Di Bawah Bayu ini jika mereka ini melangkan ke pusingan seterusnya.

KELANTAN FC
- Tidak mahu dianggap sebagai pelengkap dalam peringkat kumpulan dan ingin memberikan saingan untuk membuktikan kemampuan Kelantan FC yang merupakan pasukan tunggal dari Liga Premier perlu memastikan tidak memberikan bonus jaringan kepada lawan.
- Berdepan JDT pada aksi pertama di tempat lawan, seri bonus dan menang itu luar biasa.
Add Comment