EPL

Thiago terlepas aksi bersama pasukan

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Thiago Alcantara dijangka kembali memperkuatkan pasukan pada Oktober nanti.

PEMAIN tengah Liverpool Thiago Alcantara bakal berada diluar padang untuk tempoh sekurang-kurangnya sebulan selepas mengalami kecederaan ketika membantu kemenangan pasukan 3-0 ke atas Crystal Palace.

Walaupun pada awalnya, pemain berpengalaman ini dikhabarkan akan sembuh dalam tempoh seminggu namun ramalan berkenaan meleset selepas pemeriksaan terbaharu mengesan kecederaan bahagian betis yang agak parah.

Ekoran tersebut, pemain kelahiran Sepanyol ini akan terlepas aksi bersama skuad kebangsaan dan tiga perlawanan bersama kelab yang akan menentang Brentford, Porto dan Manchester City.

Thiago dijangka kembali sekitar pertengahan Oktober ketika bertemu dengan Watford.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata, dia sendiri tidak yakin 100 peratus bila Thiago akan kembali cergas dari kecederaan otot betis.

“Ada kemungkinan dia akan kembali setelah rehat antarabangsa. Saya rasa mustahil dia akan kembali lebih cepat, jadi kita akan melihatnya,” tegasnya.

 


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: