EPL

Keputusan perlawanan bukan penentu kejuaraan – Tuchel

  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Tuchel melihat keputusan malam ini bukan jaminan untuk meraih kejuaraan.

PERTEMBUNGAN Chelsea menentang juara bertahan, Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2021/22 malam ini di Stamford Bridge pastinya menarik dengan reputasi kedua-dua pasukan.

Chelsea yang kini sedang mempimpin liga dilihat lebih baik prestasinya berbanding City dikedudukan kelima selepas lima perlawanan.

The Blues juga bermula dengan lebih baik selepas merakam empat kemenangan dan satu seri dalam lima minggu pertama Liga Perdana musim ini untuk mengutip 13 mata.

Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel berkata, permainan dijangka akan menjadi sengit seperti biasa dan peluang kedua-dua pasukan adalah sama rata.

“Jujur saya katakan tiga perlawanan peluang terakhir bagi kami adalah 50-50. Kami ingin berjuang keras untuk memastikan pasukan meraih keputusan yang lebih baik.

“Kami melakukannya beberapa kali dengan pasukan ini dan kami tahu betapa sukarnya melalui tiga perlawanan tersebut,” tambah Thomas Tuchel.

Tuchel juga menekankan bahawa keputusan perlawanan ini jauh dari menentukan untuk perlumbaan gelaran kerana menang atau kalah tidak akan mementukan peluang meraih kejuraan.

“Sekiranya kita menang esok, kita belum akan menjadi juara dan jika City menang, mereka juga tidak akan menjadi juara dan kita tidak akan tertekan dengan keputusan itu,” ujarnya.


  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Add Comment

Click here to post a comment

Leave a Reply

%d bloggers like this: